Sunday, 12 July 2009

BLOK PEMULIHAN DIROBOH

Blok Kelas Pemulihan dan Stor mula dirobohkan.

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Pn Hajah Zawah bt Essa, lebih dikenali sabagai Kak Za mula menjalankan tugas sebagai PK Pentadbiran di SK SYP1 pada bulan Mei 2009.

Saturday, 11 July 2009

KURSUS LDP

Hari ini guru-guru telah menghadiri Kursus KDP di SK SYP 1.
8.00 - 10.00 pagi : Taklimat Pengurusan dan P& P Berkesan - 0leh Pn Guru Besar - Rosnah bt Che Amat.
10.30- 2.00 ptg : Bengkel & Mesyuarat Panatia
2.00 - 2.30 ptg : Makan tengahari
3.00 ptg : Bersurai.

Friday, 10 July 2009

Gotong-royong membina laluan pejalan kaki





Majlis gotong-royong membersihkan kawasan sekitar bangunan baru dan membina laluan pejalan kaki dari pintu pagar utama padang ke bangunan sementara telah diadakan pada hari ini ( Jumaat - 10.7.2009) Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 3 jam kemudian diakhiri dengan jamuan durian dicicahkan roti. YDP PIBG dan AJK, guru-guru dan bapa serta murid-murid telah bersama-sama menjayakan gotong-royong tersebut.

Sembahyang Hajat

Sembahyang Hajat untuk memohon keselamatan sempena perpindahan murid tahun 3 ke bangunan sementara di atas padang telah dilakukan di musalla sekolah pada jam 9.00 malam dengan diimamkan oleh Tn Haji Zahari.
Seramai lebihkurang 20 orang yang terdiri dari guru, bapa dan murid-murid telah bersama-sama memohon kehardat Ilahi agar perpindahan ke bangunan baru akan diberkati Allah. YDP PIBG, En Ibrahim Kadir dan AJK PIBG bersama-sama menyertai sembahyang hajat itu.

BANGUNAN SEMENTARA

Thursday, 9 July 2009

Blok Sementara di atas padang mula digunakan

Blok sementara yang menempatkan Tahun 3 Bestari, 3 Pintar dan 3 Cerdas mula digunakan pada hari ini - 8 Julai 2009. Murid-murid tahun 3 bergotong royong memindahkan kerusi meja dengan dibantu oleh pekerja sekolah. Yang Dipertua PIBG kelihatan membantu murid-murid berkenaan. YDP PIBG, En Ibrahim Kadir hadir ke sekolah hari ini bersama staf eletrik JKR untuk memotong bekalan letrik di bangunan Blok C dan D yang sedang dalam proses diruntuhkan.

Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...