Sunday 28 June 2009

PANORAMA SEKOLAH


PANDANGAN BAHAGIAN HADAPAN SEKOLAH PADA JUN 2009

SEJARAH SEKOLAH

Pada bulan Disember 1946, seramai 76 orang penduduk mewakili masyarakat Ulu Kelantan telah membuat rayuan kepada En. A.J.D.C Loch, Pegawai Jajahan untuk menubuhkan sekolah beraliran Bahasa Inggeris untuk anak-anak di Kuala Krai. Dua tahun kemudian satu mesyuarat bersama masyarakat tempatan diadakan untuk menimbangkan usul penubuhan sekolah. Antara Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat tersebut adalah:

i. En. A.J.D.C. Loch ( Pengerusi) - Pegawai jajahan
ii. En. Nik Abdullah b. Hj. Nik Hussein – Penolong Pegawai Jajahan
iii. Tuan Haji Nik Jaafar b. Nik Soh – Penggawa
iv. En. Abdul Razak b. Othman - Pegawai Polis
v. En. Lee Chan Fatt - Kerani Kerajaan
vi. En. Mohamad Ali b. Abdullah – Penulis Patisyen
vii. En. Sudi b. Hasuan - Penulis Patisyen
viii. En.Song Chye Hin – Peniaga
ix. En. Foo Chee Hing – Peniaga
x. En. D.K. Manuthy - Peniaga

Di atas usaha gigih pihak AJK dan hasil derma orang ramai sebanyak RM 13420.74 berupa wang ringgit dan RM 700.00 berupa kebendaan, maka terbinalah sebuah bangunan kekal yang
4 buah bilik darjah di Bangunan No. 4 JKR64.

Pada Julai 1950, mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan bagi membuka sebuah sekolah campuran di Kuala Krai. Hinggalah pada Disember 1950, En. G.D Muir, Penguasa Pelajaran Kelantan dan En. M.A.H Wyatt mendaftar murid-murid untuk tahun tersebut. Bermula pada 7 Januari 1951, tertubuhlah ‘Goverment English School’ dengan 2 bilik darjah dan murid seramai 77 orang.

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Mohamad IV, Sultan Kelantan pada 31 Julai 1952. Pada Disember 1957, nama sekolah telah ditukar kepada Yahya Petra School mengambil nama sempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Sekolah ini Kemudian dipecahkan kepada 2 buah sekolah berasingan, menengah dan rendah. Dalam bulan Julai 1961, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sultan Yahya Petra, Kuala Krai. Selepas semua sekolah diselaraskan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Kuala Krai. Pada hari ini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

MATLAMAT SEKOLAH

1.Melahirkan murid yang cemerlang dan serba boleh dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
2.Melahirkan murid yang berwawasan, bermaklumat dan berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi.
3.Melahirkan murid yang berakhlak mulia, cintakan agama, keluarga, bangsa dan negara.
4.Memberi peluang kepada murid untuk membina ilmu melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang di sekolah.
5.Melahirkan murid yang kuat mental dan fizikal bagi membolehkan mereka berdaya saing dan menghadapi cabaran dalam dunia maju.
6.Membina semangat pemuafakatan amalan merancang dan musyawarah, sentiasa bersedia dan yakin boleh untuk mengubah cara belajar dan berfikir bagi menghadapi masa depan yang cemerlang.

PIAGAM PELANGGAN

1)Memastikan setiap murid mendapat tempat serta pendidikan yang sempurna, melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, iltizam, prihatin dan berdaya saing.
2)Setiap urusan dilayan dengan cekap, dedikasi dan cemerlang serta penuh kemesraan sejajar dengan nilai sejagat.
3)Memberi kerjasama dan layanan yang optimum.
4)Menyelesaikan urusan dan arahan dengan kemas dan menepati masa.
5)Melaksanakan dasar-dasar pendidikan dengan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SEKOLAH

MISI
BERUSAHA UNTUK MEMBANGUN DAN MENGEMBANGKAN POTENSI SETIAP MURID MELALUI BUDAYA PERMUAFAKATAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PROFAIL SEKOLAH

Nama sekolah : SK Sultan Yahya Petra 1,
Alamat : Jalan Padang Kemahkotaan
18000 Kuala Krai, Kelantan.
No. Telefon / Fax : 6099666162
Gred Sekolah : Gred A
Kod Sekolah : DBB 7399
Daerah : Kuala Krai
PPD : Kuala Krai
Jenis Bantuan : Kerajaan
Keluasan Tanah : 2.83 Hektar
Jenis sesi : Satu Sesi (sesi pagi)
Nama Guru Besar : Pn. Rosnah bt. Che Amat
Peruntukan Guru : 44 orang
Jarak dari PPD : 8 km
Jarak dari JPN : 72 km

Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...