Thursday 3 September 2009

Pengurusan Buku Rekod Kedatangan Pelajar 1


PENGURUSAN BUKU REKOD KEDATANGAN PELAJAR
SK SULTAN YAHYA PETRA 1, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN


Peraturan Am

1. Buku Rekod Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNK yang bertauliah.

2. Hanya guru kelas/darjah dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Buku Rekod Kedatangan Pelajar. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Buku Kedatangan Pelajar.

3. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.

4. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu.Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.

5. Tandakan Buku Rekod Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.

6. Buku Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamanya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.

7.Semua maklumat di dalam Buku Rekod Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “.

8. Buku Rekod Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru kelas/ darjah atau mereka yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.

9. Sekiranya guru kelas/ darjah tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh Kaunselor.

10. Buku Rekod Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas lain di bahagian yang salah atau comot.

11. Kulit hadapan Buku Rekod Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang perlu diisikan. Jika berlaku pertukaran guru kelas/ darjah, nama guru kelas/ darjah yang baru hendaklah ditulis, dan nyatakan tarikh pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN AHMAD ( 22 MEI 2008 ).

12. Guru kelas/ darjah yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru kelas/ darjah yang lama termasuk menyambung kerja melengkapkan butiran yang belum lengkap.Kulit Buku Rekod Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah ditulis pada kertas penyampul tersebut.

Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...