Wednesday 21 October 2009

Lawatan Profesional KPLI Pemulihan Institut Perguruan Malaysia, Kampus Kota Bharu.






Hari ini - Rabu bersamaan 21 Oktober 2009, SKSYP 1 telah menerima kunjungan Guru pelatih KPLI Pemulihan dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Kota Bharu dalam rangka Program Lawatan Profesional mereka. Seramai 25 orang guru pelatih dengan diketuaai oleh Sdr Saiful sebagai Pengarah Projek. Tn Haji Shaari hadir sebagai pensyarah pengiring.
Katibaan mereka di SKSYP 1 pada pukul 9.30 pagi sebaik sahaja warga SKSYP selesai perhimpunan menyambut Bulan bahasa Melayu. Guru pelatih bersama pensyarah pengiring telah diberi taklimat oleh guru besar; Pn Rosnah bt Che Amat berkaitan perkembangan semasa program pemulihan khas dan pendidikan khas PKBP.
Cikgu Ishak b Hamat, Guru Pemulihan Khas kemudianya mengisi program taklimat yang diadakan di bilik gerakan sekolah dengan Perkongsian Pintar BBM. Selepas menjamah sedikit alas perut di kantin sekolah, program diteruskan dengan aktiviti bersama murid PKBP dan KIA2M sehingga jam 12.30 tengahari.
Setalah selesai bergambar dan acara penyampaian hadiah kepada murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang, guru pelatih KPLI dan pensyarah pengiring bertolak pulang dengan bas IPGM pada jam 12.45 tengahari.
Terima kasih atas kunjungan guru pelatih IPGM kampus Kota Bharu.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah

Hari ini - Rabu 21 Oktober 2009, Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah disambut dengan berbagai aturcara yang dirancang oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Bahasa. Majlis yang dipengeusikan oleh Cikgu Ahmad Tarmizi b Haji Apandi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Bahasa Jiwa Banggsa. Pn Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat kemudiannya menyampaikan amanat YAB Timbalan Perdana Menteri. Aturcara diteruskan dengan berbagai aktiviti oleh murid-murid seperti nyanyian, deklamasi sajak, berpantun dan bercerita. Tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Saturday 17 October 2009

Majlis Sembahyang Hajat , Bacaan Surah Yasiin dan Penyerahan Ilmu Calon UPSR 2009

Majlis yang merupakan tradisi tahunan ini telah diadakan di Kantin Sekolah, memandangkan surau sekolah tidak dapat menampung jumlah murid, guru dan ibubapa yang hadir. Dianggarkan lebihkurang 200 orang terlibat dalam majlis yang dimulai dengan sembahyang hajat dan bacaan surah Yasiin.



Guru Besar ; Pn Rosnah bt Che Amat sedang bersalam dengan calon UPSR 2009.


Majlis Sembahyang Hajat dan Bacaan Yaasiin dikatuai oeh oleh YDP PIBG; En Ibrahim Kadir turut dihadiri AJK PIBG Cikgu Zamri.



PK 1, Pn Hajah Zawah bt Essa bersalaman dengan calon UPSR 2009

Tuesday 13 October 2009

Keputusan Pertandingan Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 2009

JOHAN.
1. Kawad Kaki - Puteri Islam ( 84 markah)
2. Ikatan - Pengakap ( 44 markah)
3. Pertolongan Cemas - PBSM ( 91 markah)
4. Masakan - Puteri Islam ( 89 markah)
5. Malam Kebudayaan - PBSM ( 77 markah)
6. Kolaj - Puteri Islam ( 92 markah )

NAIN JOHAN
1.Kawad Kaki - Pengakap ( 76 markah)
2.Ikatan - PBSM - (32 markah)
3. Pertolongan Cemas - Pengakap ( 73 markah)
4.Masakan - TKRS ( 81 markah)
5.Malam Kebudayaan - Puteri Islam ( 75 markah)

JOHAN KESELURUHAN
1. Puteri Islam - ( 437 Markah).
2. PBSM - (428 markah)
3. Pengakap - ( 402 markah)
4. TKRS - ( 387 markah)

Sunday 11 October 2009

Gambar Perkhemahan Unit Beruniform 2009



Kem Komandan - YM Raja Ismail.






YDP PIBG menyampaian Hadiah Kepada Pemenang



PK KO , Pn Normadiah menyampaian Hadiah Kepada Pemenang



PBSM - Pertandingan Memasak.


<

Majlis Penutup disempurnakan oleh YDP PIBG SKSYP1, En Ibrahim b Kadir.





Unit Bulan Sabit Merah sedang menjalani Ujian Kawad



Unit Pengakap Kanak-Kanak sedang sibuk menyiapkan masakan mereka dalam Pertandingan Memasak.



Unit Puteri Islam - Pertandingan Kawad.



Gandingan PK 1 - Pn Hajah Zawah bt Essa dan PK Ko Kurikulum Pn Normadiah.



Peserta Perkhemahan sedang mendengar talkimat dari Kem Komandan - YM Raja Ismail b Raja Ibrahim.

Saturday 10 October 2009

Perkhemahan Unit Beruniform 2009

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM
SK SULTAN YAHYA PETRA (1) 2009


1. Tarikh : 08 hingga 09 Oktober 2009

2. Tempat : Padang SKSYP1

3. Rasional :

Memenuhi keperluan inspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik berat matlamat membentuk dan melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

4. Objektif :

1. Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada peserta atau ahli perkhemahan mengenai aktiviti luar bilik darjah.
2. Melatih dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan patuh kepada peraturan perkhemahan atau dengan lain perkataan mengikis sikap mementingkan diri dalam diri peserta.
3. Melatih peserta perkhemahan berdikari dalam melakukan aktiviti harian sepanjang masa perkhemahan berbanding dengan suasana di rumah tanpa mengharapkan bantuan ibubapa.

5. Matlamat :

Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli Unit Uniform kepada aktiviti luar berkumpulan melalui unit yang diceburi.Melalui perkhemahan ini juga murid dapat bersaing dan bertanding dalam aktiviti yang di rancang.Pengalaman ini penting bagi ahli unit yang terpilih mewakili sekolah dalam perkhemahan dan pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

6. Kumpulan sasaran

Murid - murid Tahap 2 khasnya murid Tahun 4, 5 dan 6 dari Unit Beruniform iaitu :

Pengakap : 25 orang
PBSM : 25 orang
TKRS : 25 orang
Puteri Islam : 25 orang

JAWATAN KUASA INDUK PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
SK SULTAN YAHYA PETRA (1) TAHUN 2009

Penasihat : Pn. Rosnah bt Che Amat
Guru Besar SKSYP 1

Pengerusi : Pn. Normadiah bt Yaakob
(Pen. Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi : Pn Hjh Zawah bt Essa
(Pen. Kanan Pentadbiran)

: Pn. Hjh. Sabariah bt Jusoh
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : YM Raja Ismail b. Raja Ibrahim
(Penyelaras Badan Beruniform/
Kem Komander)

Pen. Setiausaha : Pn.Mariah bt Kamaludin
(SU Kokurikulum/Buku Program)


Bendahari : Puan Sharifah bt Che Hussin
(Hadiah dan cenderahati/Majlis penutup)


Ahli jawatankuasa:

En. Sarimi Ismail (Tim. Kem komander/Peralatan)
En. Dzulhisham Ibrahim (Persiapan tempat)
En. Ahmad Tarmizi Apandi (Keselamatan)
Pn. Zarina Yaacob (Quarter Master)
En. Mohd Daud Ismail (Keagamaan)
En. Ishak Hamat (Alat siaraya dan pendawaian)
En. Ariful Hafiz (TKRS)
YM Raja Azman(Pengakap)
Pn. Rasyidah (P.Islam)
Pn. Saniah (PBSM)

PROGRAM TENTATIF
KHAMIS (8 OKTOBER 2009)

3.00 petang : Para peserta melaporkan diri dan mendirikan khemah

4.00 petang ; Taklimat perkhemahan

4.30 petang : Solat Asar Berjemaah

5.00 petang : Minum petang

5.15 petang : Latihan kawad kaki

6.00 petang : Makan malam

7.00 malam : Solat maghrib/Bacaan Yasin dan Solat Isyak

8.30 malam : Ucapan Perasmian oleh Pn Rosnah Bt Che Amat
( Guru Besar SKSYP 1)

9.00 malam : Aktiviti Malam Kebudayaan

10.30 malam : Minum malam

11.00 malam : Tidur

PROGRAM TENTATIF
JUMAAT (9 OKTOBER 2009)

5.00 pagi : Persiapan diri dan solat subuh

6.30 pagi : SKSYP1 Cergas

7.30 pagi : Sarapan pagi

8.30 pagi : Pertandingan kawad kaki
Pertandingan ikatan
Pertandingan pertolongan cemas
Pertandingan masakan
Pertandingan kolaj

10.30 pagi : minum pagi

11.00 pagi : Laluan berhalangan
Menyampaikan mesej

12.15 tghr : Makan tengahari
Solat Jumaat

2.30 ptg : Majlis Penutup oleh YDP PIBG
Penyampaian hadiah

3.30 ptg : Program Khidmat Masyarakat

5.00 ptg : Program tamat dan bersurai


AKTIVITI PERKHEMAHAN

1. Pertandingan ikatan tali
2. pertandingan pertolongan cemas
3. Pertandingan kawad kaki
4. Pertandingan kolaj
5. Pertandingan persembahan kebudayaan
6. Pertandingan memasak

Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...