Monday 30 November 2009

Murid Keracunan

AHAD, 2009 MEI 10
Usah sorok kes keracunan makanan
KOTA BHARU: Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) diingatkan supaya tidak menyembunyikan kes keracunan makanan pelajar di sekolah daripada pengetahuan semua pihak bagi membolehkan ia dihebahkan sebagai pengajaran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana PPD yang cuba berbuat demikian kerana kes terbabit dianggap serius dan perlu diketahui umum.

Katanya, berhubung kes terbaru di Kuala Krai, Rabu lalu, pihaknya masih meneliti dakwaan bahawa ada pegawai pelajaran daerah cuba menghalang wartawan membuat liputan kes keracunan terbabit.

“Kita dapat tahu lelaki terbabit bukan PPD yang dimaksudkan dan ia mungkin pegawai lain yang ada di situ.

“Bagi JPN, kes keracunan makanan pelajar sekolah tidak boleh disorok dan semua PPD diingatkan supaya tidak berbuat demikian.

“Sehingga kini kita tidak dapat mengenal pasti siapa yang dimaksudkan dalam laporan akhbar sehari selepas kejadian itu (Khamis lalu) yang cuba menghalang wartawan membuat liputan kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, 75 pelajar Sekolah Kebangsaan Yahya Petra 1 mengalami cirit-birit, muntah, pening kepala dan pengsan, dipercayai keracunan makanan selepas menikmati ‘hidangan basi’ di kantin sekolah itu.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu disedari guru sekolah selepas melihat beberapa pelajar mengalami tanda keracunan, termasuk muntah dan pengsan.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan komen pengurusan sekolah berhubung kejadian itu gagal kerana mereka sibuk menguruskan pelajar supaya rawatan boleh diberi secepat mungkin.

Seorang lelaki yang juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) kemudian menghampiri wartawan dan bertindak kurang sopan apabila cuba menghalang mereka membuat liputan.

Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, Jabatan Kesihatan menyita kantin terbabit selama 14 hari selain mengambil sampel makanan.

“Selepas mengambil sampel itu, mereka akan membuat laporan kes. Selain tindakan sita, pengusaha kantin diberi tiga hingga empat hari untuk mengikuti cadangan yang diberi Jabatan Kesihatan,” katanya.

myMetro: 10 Mei 2009
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com

62 murid muntah, sakit perut
Seramai 62 murid Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, di sini mengalami muntah-muntah dan sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan nasi yang dijual di kantin sekolah ketika waktu rehat kira-kira pukul 11 pagi ini.
Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai, Zulkifli Mohd. Noor berkata, kejadian dilaporkan berlaku selepas pelajar terbabit memakan nasi berlauk ayam masak pedas yang dijual di kantin itu.
"Selepas memakan nasi murid berkenaan mendakwa rasa sakit perut dan muntah-muntah," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua murid terlibat yang dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan hanya diberikan rawatan pesakit luar.Zulkifli berkata, kantin sekolah itu diarah tutup selama tiga hari sehingga Jabatan Kesihatan Negeri (JPN) berpuas hati dengan tahap kebersihan di premis itu.
"Kita telah mengeluarkan surat meminta ibu bapa memastikan anak-anak makan terlebih dahulu di rumah sebelum ke sekolah atau membekalkan anak-anak dengan makanan sehingga kantin beroperasi semula," katanya. - BERNAMA

Kantin Sekolah Sek Keb Yahya Petra 1 Disita
KUALA KRAI, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK) menyita kantin Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, di sini ekoran kes keracunan makanan yang dilaporkan membabitkan 62 murid sekolah itu dua hari lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata kantin sekolah berkenaan ditutup selama 14 hari bagi memberi masa kepada JKK untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung tahap kebersihan kawasan dan penyediaan makanan oleh pengusaha kantin terbabit.

"Selain itu, saya dimaklumkan pihak JKK juga telah mengambil sampel makanan punca kerancunan berlaku yang dipercayai daripada masakan ayam yang dijual di kantin itu.

"Selepas sampel itu diambil, satu laporan kes akan dibuat pihak JKK untuk makluman pihak JPN sebelum punca keracunan itu akan dapat diketahui," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata, sebelum ini kantin berkenaan telah diarah tutup selama tiga hari sehingga pihak JPN berpuas hati dengan tahap kebersihan di premis itu.

Dua hari lalu, seramai 62 murid sekolah rendah berkenaan mengalami muntah-muntah dan sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan nasi yang dijual di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Kejadian dilaporkan berlaku selepas murid-murid terbabit memakan nasi berlauk ayam masak pedas yang disediakan oleh pengusaha kantin itu dan mereka kemudiannya mengadu sakit perut dan mengalami cirit birit serta muntah-muntah.

Mohd Ghazali berkata, kes keracunan yang membabitkan pelajar sememangnya dipandang serius dan memerlukan tindakan segera untuk menanganinya.

Justeru katanya, semua pihak termasuk pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu bekerjasama bagi mengurangkan kes keracunan makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada pelajar.

"Kami amat menitikberatkan masalah yang membabitkan kesihatan pelajar kerana setiap kejayaan pelajar sebenarnya bergantung kepada tahap kesihatan mereka. Kita mahu apa yang dimakan di sekolah adalah makanan yang sihat dan bebas daripada kekotoran," katanya.

Selain itu beliau turut mengingatkan semua PPD, pihak sekolah dan ibu bapa pelajar supaya terus melaporkan kepada pihak JPN berhubung sebarang kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah membabitkan para pelajar.

Menurutnya, ianya berikutan tidak mahu ada sikap mahu menyembunyikan kes seumpama itu sehingga memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mementingkan kebersihan penyediaan makanan terus melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com











Thursday 19 November 2009

MAJLIS GRADUASI TAHUN ENAM 2009 / PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR

Majlis Graduasi Murid Tahun Enam 2009 telah diadakan pada 19 November 2009 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar tahun enam, pelajar tahun lima dan ibubapa / penjaga murid tahun enam serta guru yang mengajar tahun enam dan ajk yang terlibat secara langsung. Guru-guru yang tidak berkenaan tetap di kelas masing-masing dangan p&p dan persiapan akhir tahun yang perlu dilakukan sebagaimana yang diarahkan ole Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat.

Majlis yang dimulakan dengana bacaan doa oleh Ustaz Ariful dihoskan oleh Cikgu Lilis Ariani. Majlis dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Tuan Guru Besar SKSYP 1.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar tahun 6 2009.
 Antara guru yang terlibat ialah:
1. Cikgu Zulhisan - Bahasa Melayu.
2. Cikgu Raja Ismail - Bahasa Malayu.
3. Cikgu Faridah Deris - Bahasa Melayu.
4. Cikgu Zubir b Ibrahim - Mathematics
5. Cikgu Noor Rihan bt Mohd Nor - Mathematics
6. Cikgu Lilis Ariani - Bahasa Inggeris.
7. Cikgu Hajah Fuziah- Bahasa Inggeris.
8. Cikgu Hajah Siti Hajar bt Mohamed Ali - Bahasa Melayu.

Majlis kemudian diteruskan dengan pengumuman keputusan UPSR 2009.
Seorang demi seorang murid telah menerima slip keputusan UPSR masing bersama-sama fail peribadi dan cenderahati dari guru besar. Setiap orang murid muncul dengan gaya tersendiri semasa menarima keputusan UPSR. Ada ang menangis kerana gembira mendapat 5A dan ada juga yang menangis kerana gagal dapat 5A, ada juga yang selamba sahaja. Seramai 30 orang telah berjaya mendapat 5A.

Hujan lebat telah turun semasa majlis sedang berlangsung dan seperti biasa kaki lima dewan sekolah telah banjir menyebabkan murid-murid yang berbaris untuk memerima slip UPSR dari guru besar terpaksa mengharungi banjir separas buku lali, habis kasut basah...fenomena biasa yang entah bila akan selesai.
Majlis diakhiri dengan sessi bergambar beramai-ramai - guru + guru besar dan murid cemerlang UPSR.
Dengan pencapaian 30 orang 5A, SKSYP 1 tetap meraih tempat teratas dalam PPD Kuala Krai. Bersyukurrrr..... jangan berbangga.


Kaki lima digenangi banjir kerana sistem perparitan yang tidak dapat menampung kandungan air yang datang bukan sahaja dari padang sekolah bahkan juga dari parit di luar sekolah. Sudah sampai masanya fenomena ini dipandang serius oleh semua pihak.


Sedikit sebanyak majlis terganggu dengan banjir kilat yang sentiasa melanda kaki lima bangunan pentadbiran.
 

Cikgu Zulhisan b Ibrahim - Guru Bahasa Melayu Tahun Enam, menerima sagu hati dari Tuan Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat.



YM Raja Ismail b Raja Ibrahim; Guru B Melayu Tahun 6



Pn Lilis Ariani bt Abd Manan - Guru Bahasa Inggeris Tahun 6.












Wajah-wajah cemerlang UPSR 2009 - Tahniah anak-anakku, semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

MAJLIS GRADUASI TAHUN ENAM 2009 / PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR

Majlis Graduasi Murid Tahun Enam 2009 telah diadakan pada 19 November 2009 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu.
Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar tahun enam, pelajar tahun lima dan ibubapa / penjaga murid tahun enam serta guru yang mengajar tahun enam dan ajk yang terlibat secara langsung. Guru-guru yang tidak berkenaan tetap di kelas masing-masing dangan p&p dan persiapan akhir tahun yang perlu dilakukan sebagaimana yang diarahkan ole Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat.
Majlis yang dimulakan dengana bacaan doa oleh Ustaz Ariful dihoskan oleh Cikgu Lilis Ariani. Majlis dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Tuan Guru Besar SKSYP 1.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar tahun 6 2009. Antara guru yang terlibat ialah:
1. Cikgu Zulhisan - Bahasa Melayu.
2. Cikgu Raja Ismail - Bahasa Malayu.
3. Cikgu Faridah Deris - Bahasa Melayu.
4. Cikgu Zubir b Ibrahim - Mathematics
5. Cikgu Noor Rihan bt Mohd Nor - Mathematics
6. Cikgu Lilis Ariani - Bahasa Inggeris.
7. Cikgu Hajah Fuziah- Bahasa Inggeris.
8. Cikgu Hajah Siti Hajar bt Mohamed Ali - Bahasa Melayu.
Majlis kemudian diteruskan dengan pengumuman keputusan UPSR 2009. Seorang demi seorang murid telah menerima slip keputusan UPSR masing bersama-sama fail peribadi dan cenderahati dari guru besar. Setiap orang murid muncul dengan gaya tersendiri semasa menarima keputusan UPSR. Ada ang menangis kerana gembira mendapat 5A dan ada juga yang menangis kerana gagal dapat 5A, ada juga yang selamba sahaja.
Seramai 30 orang telah berjaya mendapat 5A.
Hujan lebat telah turun semasa majlis sedang berlangsung dan seperti biasa kaki lima dewan sekolah telah banjir menyebabkan murid-murid yang berbaris untuk memerima slip UPSR dari guru besar terpaksa mengharungi banjir separas buku lali, habis kasut basah...fenomena biasa yang entah bila akan selesai.
Majlis diakhiri dengan sessi bergambar beramai-ramai - guru + guru besar dan murid cemerlang UPSR.
Dengan pencapaian 30 orang 5A, SKSYP 1 tetap meraih tempat teratas dalam PPD Kuala Krai. Bersyukurrrr..... jangan berbangga.
Kaki lima digenangi banjir kerana sistem perparitan yang tidak dapat menampung kandungan air yang datang bukan sahaja dari padang sekolah bahkan juga dari parit di luar sekolah. Sudah sampai masanya fenomena ini dipandang serius oleh semua pihak.

Sedikit sebanyak majlis terganggu dengan banjir kilat yang sentiasa melanda kaki lima bangunan pentadbiran.
Cikgu Zulhisan b Ibrahim - Guru Bahasa Melayu Tahun Enam, menerima sagu hati dari Tuan Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat.
YM Raja Ismail b Raja Ibrahim; Guru B Melayu Tahun 6
Pn Lilis Ariani bt Abd Manan - Guru Bahasa Inggeris Tahun 6.









Wajah-wajah cemerlang UPSR 2009 - Tahniah anak-anakku, semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

MURID 5A UPSR 2009

SERAMAI 30 ORANG CALON UPSR 2009 TELAH BERJAYA MERAIH 5A. TAHNIAH!!!!!
1. NURSYAHIRAH BT MD. NOOR SABRI


2. MUHAMMAD MU IZZUDDIN B. MUCHTAR


3. ABDUL ROHIM B MUSTAKIM


4. AHMAD ZAHIER B ZULKEFLI


5. FARAH HAZIQAH BT BAHAROM


6. M DURKGAHSINI A/P MURUGAN


7. MUHAMAD SYARIZ ADNIN B MOHD AZIZI


8. MUHAMMAD AFIQ ASMU'I B ABD RAHIM


9. MUHAMMAD RAIS RABBANI B ABD RAHIM


10. MUHAMMAD SYAHMI WAFIUDDIN B ZULKIFLI


11. NIK RASYIQAH BT AHMAD ROZAIDI


12.NOOR ALIANATASYA BT ABDUL HAIMI @ ABDUL MUHAIMI


13.NUR HANIM BT SAHABUDDIN



14.NUR NADIAH BT MOHD SANUSI


15.NUR SHAHIRAH NADHIRAH BT KHAMDANI


16.NURUL AIN BT MOHD AZMI


17.SITI ATIKAH BT MARZUKI


18.THRIPOORASUNDARI A/P CHANDRASEKARAN


19.UMI NORSYARAFINA BTMOHD KAMAL


20.WAN ANIS ATHIRAH BT WAN AZMI


21. ZARIF IRFAN B AHMAD TARMIZI
22. FARISYA LIDIA BT ROSLIN
23. MUHAMMAD AIMAN B MOHD AZHAR
24. NUR ZARITH ALIA BT MOHD ZAMRI

Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...