Sunday 12 July 2009

BLOK PEMULIHAN DIROBOH

Blok Kelas Pemulihan dan Stor mula dirobohkan.

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Pn Hajah Zawah bt Essa, lebih dikenali sabagai Kak Za mula menjalankan tugas sebagai PK Pentadbiran di SK SYP1 pada bulan Mei 2009.

Saturday 11 July 2009

KURSUS LDP

Hari ini guru-guru telah menghadiri Kursus KDP di SK SYP 1.
8.00 - 10.00 pagi : Taklimat Pengurusan dan P& P Berkesan - 0leh Pn Guru Besar - Rosnah bt Che Amat.
10.30- 2.00 ptg : Bengkel & Mesyuarat Panatia
2.00 - 2.30 ptg : Makan tengahari
3.00 ptg : Bersurai.

Friday 10 July 2009

Gotong-royong membina laluan pejalan kaki





Majlis gotong-royong membersihkan kawasan sekitar bangunan baru dan membina laluan pejalan kaki dari pintu pagar utama padang ke bangunan sementara telah diadakan pada hari ini ( Jumaat - 10.7.2009) Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 3 jam kemudian diakhiri dengan jamuan durian dicicahkan roti. YDP PIBG dan AJK, guru-guru dan bapa serta murid-murid telah bersama-sama menjayakan gotong-royong tersebut.

Sembahyang Hajat

Sembahyang Hajat untuk memohon keselamatan sempena perpindahan murid tahun 3 ke bangunan sementara di atas padang telah dilakukan di musalla sekolah pada jam 9.00 malam dengan diimamkan oleh Tn Haji Zahari.
Seramai lebihkurang 20 orang yang terdiri dari guru, bapa dan murid-murid telah bersama-sama memohon kehardat Ilahi agar perpindahan ke bangunan baru akan diberkati Allah. YDP PIBG, En Ibrahim Kadir dan AJK PIBG bersama-sama menyertai sembahyang hajat itu.

BANGUNAN SEMENTARA

Thursday 9 July 2009

Blok Sementara di atas padang mula digunakan

Blok sementara yang menempatkan Tahun 3 Bestari, 3 Pintar dan 3 Cerdas mula digunakan pada hari ini - 8 Julai 2009. Murid-murid tahun 3 bergotong royong memindahkan kerusi meja dengan dibantu oleh pekerja sekolah. Yang Dipertua PIBG kelihatan membantu murid-murid berkenaan. YDP PIBG, En Ibrahim Kadir hadir ke sekolah hari ini bersama staf eletrik JKR untuk memotong bekalan letrik di bangunan Blok C dan D yang sedang dalam proses diruntuhkan.

Monday 6 July 2009

BLOK C - BAKAL DIRUNTUHKAN

Blok C yang menempatkan Tahun 3 Bestari, 3 Cerdas dan 3 Pintar akan dirobohkan bersama-sama Blok D, Kelas Pemulihan dan Stor. Murid tahun 3 bakal berhijrah ke bangunan sementara yang telah siap didirikan di tengah padang sekolah ( dulunya dikenali sebagai Padang Kemahkotaan ).

BERKORBAN APA SAJA

Blok C dan D yang akan duruntuhkan bagi memberi laluan kepada bangunan baru. Kerja-kerja meruntuhkan mula dijalankan mulai 6 Julai 2009. Murid Tahun 3 di blok C belum dpindahkan kerana bangunan sementara di padang sekolah belum diserahkan oleh JKR.

Sunday 5 July 2009

PENCAPAIAN TERBAIK KO KURIKULUM

PENCAPAIAN TERBAIK KO-KURIKULUM
TAHUN 2002
• Bola Tampar – Johan PPD
• Bola sepak – Johan Zon 2
• Public Speaking – Johan PPD

Tahun 2003
• Badminton – Johan PPD, Negeri dan Mewakili Negeri Kelantan
• Bola Tampar – Johan PPD
• Bola Sepak – Johan PPD
• Tenis – Johan Negeri kelantan

TAHUN 2004
• Badminton – Johan Negeri Kelantan
• Olahraga – Johan PPD
• Tilawah Al-Quran – Johan PPD

Tahun 2005
• Tenis – Johan Negeri Kelantan, Johan Kebangsaan
• Olahraga – Johan Zon 2
• Tilawah Al-Quran – Johan PPD

TAHUN 2006
• Olahraga – Johan PPD
• Puteri Islam – Johan Negeri Kelantan
• Tilawah Al-Quran j-QAF – Johan Negeri Kelantan

TAHUN 2007
• Bola Jaring – Johan Zon
• Bola Sepak – Mewakili zon
• Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri – Wakil Daerah
• Olahraga – Johan Zon
• Olahraga – Johan MSSK Kuala Krai

Friday 3 July 2009

BLOK PENTADBIRAN SKSYP1


BLOK PKBP

Blok PKBP yg telah diubasuai dan dinaiktaraf dari bangunan kelas Darjah 1

KELAS PKBP


Bangunan yang dibina pada tahun 1955 ini dahulunya digunakan sebagai bilik darjah Tahun satu.
Bangunan ini telah diubahsuai dan digunakan sebagai bilik darjah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) mulai 2003.

BANGUNAN BERSEJARAH


Dari sudut pandangan luar sekolah - setelah dibaik pulih untuk kegunaan Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Kaunseling.

BANGUNAN BERSEJARAH



Bangunan yang dibina pada 1954 sebagai asrama. Pernah dipinjam dan digunakan sebagai Pejabat Pelajaran Kuala Krai – Gua Musang.

Bangunan ini telah diubahsuai dan digunakan sebagai bilik bengkel Kemahiran Hidup (tingkat bawah) dan bilik Bimbingan dan Kaunseling (tingkat atas) Tingkat atas bangunan ini juga pernah digunakan sebagai Kelas Pemulihan Khas dan pernah dicadangkan untuk dijadikan bilik mesyuarat guru .
Mulai Julai 2009, Bangunan ini dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru.

GURU BESAR SKSYP1



NAMA : PN. ROSNAH BT. CHE AMAT
JAWATAN : GURU BESAR
GRED : DGA38
OPSYEN : PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
BERKHIDMAT DISKSYP 1 : 2005 HINGGA -

PN LEE FA NYET


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SKSYP1
MULAI 2003 - 2008

REGISTER OF SCHOOL

SIJIL PENDAFTARAN SKSYP1


Selamat Datang

Blog ini mula dicipta mengambil keberkatan Ramadhan 1438H setelah blog sebelum ini http://sekkebsyp1.blogspot.my/ gagal dikemaskini kerana m...